RSS

Monday, December 7, 2009

Budak pandai tapi gila.

Hee tengok la video clip ni..Budak-budak ict yang pandai tapi gila.

Read Comments

Thursday, December 3, 2009

Stress!!

Entah la kenapa hari isnin baru baru ni kepala sakit yang amat sangat. Bangun je dari tidur terus rasa macam tak sedap badan. Lagi lagi part kat kepala. Nak sikat rambut pon tak boleh. Tapi aku kuatkan badan untuk teus ke kolej. Dalam perjalanan ke kolej aku terasa berat sanat kepala ni macam diletakkan sesuatu yang berat di atas kepala. Bila sampai di kolej je mata aku terus kabur dan terasa nak pitam. Tapi kerana tidak mahu untuk menyusahkan sesiapa dan diri sendiri aku terus buat seperti biasa seakan tiada apa yang berlaku.

Makin lama ditahan sakitnya makin sakin kepala ku. Nasib hari isnin tu drive kereta ke kolej. Bila dah tak tahan sakit sangat nak je ke Jalan Ipoh untuk ke klinik. Dalam perjalan ke klinik aku telah tersesat hingga ke Kepong. Tak tahu pulak kalau dari jalan ipoh boleh ke Kepong. Tapi bila sampai di kepong je aku ternampak klinik di tepi jalan dan terus mencari pakir kereta. Setelah mendaftarkan di kaunter aku terus berjumpa dengan doktor. Dia menyatakan aku terlalu stress dengan kerja dan harus menjaga diet makanan.

Apa yang dinyatakan oleh doktor ..

1. Tidur yang cukup selama 7 jam sehari
2. Jangan makan terlalu banyak chocolate
3. Jangan makan makanan yang ber cheese
4. Selalu pakai cermin mata (memang rabun pon cuma x suka pakai.)
5. Selesaikan masalah satu persatu
6. dan banyak lagi la dia bersyarah kat aku..

Mana tak stress, assignment punyalah banyak. ada satu subject tu satu pon x siap lagi.
sekaang ni aku ada lagi dua minggu sebelum final exam. so lecturer nak suruh submit sebelum xris mas. so nnt aku update entri b4 submit semua assignment.
Read Comments

Monday, October 5, 2009

Kenapa boleh jadi macam ni..!!

Sekarang ni nak suarakan ketidakpuasan hati. Mana taknya result teruk. Kalau subject tu ada final exam ke x pe la nak gagal. Ni semua hanya antar artwork. Teruk sangat ke artwork aku??? Sampai gagal langsung. Selalunya kalau gagal org yang tak hantar assignment langsung tp aku tak pernah pun x hantar assignment. Macam la lecturer tu design bagus sangat sampai nak gagalkan student dia. Agak2 la kalau nak gagalkan student pon. Fungsi Tools kat photoshop ngan illustrator pon tanya kat student. Maknanya dia tu x tahu langsung la pasal nak guna software tu. Pas tu sedap2 nak bg fail. Dah la ajar setengah jalan je. Menang x puas hati langsung....... Geramnya....assignment yang b4 ni pon tak pulangkan balik...nak tunjuk kat dekan pon x boleh... at least bagi la tahu apa yang aku buat salah. x de la x puas hati n terfikir2kan hal ni. ni pon rasa macam gelapnya dunia. ye la dapat F terus sure la pointer terjejas.
Read Comments

Friday, July 24, 2009

National Treasure












Baru je lepas tgk movie "National Treasure" kat tv3. Memang minat sangat movie yang berkonsepkan kepintaran seseorang untuk merungkaikan satu masalah. Kalau kat malaysia ni movie yang berkonsepkan macam tu rasanya belum ada lg kot. Kalau ada pon lebih kepada komedi la. Ala filem yang adlin aman ramli ngan hans issac tu. Kalau tak salah tajuk "Los and faun". Ntah la nape la dorng sanggup nak buat movie macam tu. Rasanya drama-drama kat tv lagi bagus dari movie. Nak kata x de budget pon x tahu sangat la pasal tu. Cuma kalau boleh buat la satu movie yang boleh naikkan nama negara dan boleh bagi satu impak atau kesan yang mendalam kat orang malaysia. Contoh macam filem-filem P Ramlee. Kalau 10 kali tgk pon rasanya xkan boring. Lagi-lagi saya ni peminat P Ramlee. Banyak jugak koleksi filem P ramlee ya saya ada. Filem dia tu salah satu contoh filem malaysia yang dapat mengharumkan nama malaysia sampai ke peringkat dunia. Memang bangga la ada seniman macam dia.




Ye la kalau nak diikutkan memang malu gak la ngan Filem Malaysia. Bukan apa cuma jalan cerita n pelakon yang agak lebih-lebih. Dalam banyak-banyak pengarah Filem kat Malaysia ni yang paling best skali Yasmin Ahmad. Tapi yang kesiannya Yasmin Ahmad tu kena Strok. Hmmm kesian kat dia. Tapi tuhan tu maha kuasa. Kita doakan je la agar dia sihat n dapat buat filem yang best lg. Filem2 dia tu memang best sgt. Macam real life je. Lagi2 Filem "Sepet". Time tu la 1st time tgk armani berlakon. sebelum ni kan dia x terkenal sangat.


hmmm banyak plak ckp kali ni. tp apa yang penting Filem kita Wajah kita. Nak tunggu Filem Malaysia yang sampai ke pasaran Dunia. ukan setakat kat asia je, malah Dunia. N pelakon-pelakon Malaysia pon setaraf ngan yang lain2. Tp jangan sampai lupa daratan cukuplah. Jadi mcm Michelle Yeoh. X sombong pon walau dapat belakon kt hollywood. Best je tgk movie yang dia belakon. heeeee
Read Comments

Poster!! Hellcats.




hmm nasib dapat kejar deadline. Lecturer pon x sabar-sabar nak suruh hantar. Dah tahu semester pendek bagi la assignment awal sket. Ni x. Bagi hari selasa nak tgk hari jumaat. Mana sempat nak cari bahan semua. Tp x kisah la aku amik tu sebagai cabaran untuk berjaya. ye la nak keje dalam bidang advertising kena la disiplin sket. Kalau customer nak benda tu siap cepat, x kira mcman pon kena siapkan gak. heeee aku x tahu la aku nye poster cantik ke x tp yang pasti ramai gak puji kerja aku. Almaklum la yang lain buat pasal "Transfomers" je. X abes2 pasal cita tu. Aku buat pasal movie korea. heee yang pasti aku pon x pernah tgk movie ni. agak2 berapa ye lect bg markah??? hmmm kalau nak tahu kena la tunggu abes sem ni..


Tp nasib la aku buat poster yang dah memang wujud. Tak macam kawan2 aku buat movie poster yang x wujud. maksud aku movie tu x wujud. Mulanya aku pon nak gak buat movie rekaan je tp ntah nape tetiba tergerak hati ni nak buat poster dr movie2 yang dah ada. Sebab ada kesinambungan dari movie poster td. Lecturer suruh buat laman web rasmi plak berdasarkan movie yang kita buat. hmmm memang la x susah tp budak2 yang lain nak kena karang sinopsis movie dorng. hmmm x tahu la mcmana. nnt sama2 la kita tgk hasil kerja dorng.

Read Comments